Follow de' Fellow~

Rabu, 7 Januari 2015

MATI itu adalah PASTI



·          Selepas Malaikat ISRAFIL meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali IZRAIL & beberapa malaikat yang lain.
·          Selepas itu, IZRAIL pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

·          Selepas semua makhluk MATI, Tuhan pun berfirman mafhumnya,
Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?
Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia menjawab dengan keagunganNya,
Kepunyaan Allah Yang Maha Esa Lagi Maha Perkasa”.

·          Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yang Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

·          Selepas 40 tahun, Malaikat ISRAFIL dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali kedua, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa Padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

·          Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yang disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

·          Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina, Mereka tidak merasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

·          Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

·          Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

·          Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambal bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

·          Kemudian MATAHARI muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka.

·          Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik di hari kiamat. Nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering.

·          Lalu mereka merasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung kepada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

·          Terdapat 1 telaga kepunyaan Nabi Muhammad S.A.W (Al-Kauthar) yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu, dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saliran yang mengalir dari syurga.

·          Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah ;
·        Pemimpin yang adil
·        Orang muda yang taat kepada perintah Allah
·        Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid
·        2 orang yang bertemu dan berpisah kerana Allah
·        Lelaki yang diajak wanita berzina, tapi dia menolak dengan berkata “Aku takut kepada Allah”
·        Lelaki yang bersedekah secara sembunyi (xdiketahui org ramai)
·        Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah

·        Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman,  kemudian mereka terdengar suara,

“pergilah berjumpa para Nabi “.

·        Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa :

-Nabi ADAM A.S tetapi usaha mereka gagal – ada melakukan kesalahan dengan Allah S.W.T

-lalu mereka berjumpa Nabi NUH A.S, NABI IBRAHIM A.S, NABI MUSA A.S, NABI ISA A.S (semuanya memberikan sebab spt Nabi Adam a.s)

-akhirnya mereka bertemu Nabi Muhammad S.A.W.

* jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

·      Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad S.A.W kepada Allah S.W.T. Lalu diperkenankan doa Baginda.


·      Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk  kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah Arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 Malaikat yang sangat besar (sejarak perjalanan 20ribu tahun) sambal bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga Arasy itu tiba di bumi.

·      Arasy :: jisim nurani yg amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yg mempunyai 4 batang tiang yg sentiasa dipikul oleh 4 org Malaikat yg besar & gagah.
Seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan Malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yg menghijab cahayanya yg sangat kuat.

·      Kursi :: jisim nurani yg terletak di hadapan Arasy yg dipikul oleh 4 org Malaikat yg sgt besar. Saiz kursi lebih kecil drp Arasy umpama cincin ditengah padang.
Seumpama singgahsana yg terletak di hadapan istana.

·       

Rabu, 20 Ogos 2014

Ini Gempak


Hai.. sudah lama SL tak bersua dalam dunia blog ni kan? Eheh.. Yelah kan, semua pakat ada widget sendiri melekat dekat tangan.. Contoh: Iphone, Galaxy Mega, Zenfone..

Kan ... Kan... Kan???

Haha... typical people la kan :) SL pun manusia jugak. Hehe..

Ok hari nie disebabkan wholly day class cancelled. So SL nak kongsi sikit la kan ape yg SL buat hari nie. Hehe...

SL menuntun YouTube yakni terpesona dengan video ni;



Yakni gadis berumur 9 Tahun yang mempunyai high pitch tone lagak golongan dewasa, Tak semua dikurniakan suara emas kan???

TETAPI...

( SAMBUNGAN ~ ENTRY AKAN DATANG )

hehe.. maafkan SL

Ahad, 23 Mac 2014

BB1M

 Alhamdulillah, ketemu lagi kita... hehe.. Actually SL nih ada payyper.. last payyyper (nada Zizan) lusa.. rilex sikitlah malam ni ^^

BB1M ? Apa kisah ni? Hehe.. Kisahnye esok SL nk dpt BB1M.. Kesian kan, lewat.. huhu... So, I had decided to spot those books!















semoga ketemu jua.. In sha Allah, ada rezeki. Doa2kanlah ye :) Wassalam...

Sabtu, 22 Mac 2014

Hati Ini Milik Allah :)

throwback..
 ini kisah hati :)
sekadar berkongsi.. untuk iktibar, tlg betulkan niat.
bersihkan hati.. anggap ini sbg pedoman.
bukan diri mahu menunjuk, bukan diri mahu berbangga
cuma perasaan kasihnya Allah pada hambaNya...
hadir jika kita betul2 ikhlas dan bersungguh-sungguh melakukan sesuatu perkara.
buktinya sudah ku jumpa, ya.. kenyataan di mana-mana..

Tidak dapat dinafi, mmg kita sbg manusia xakan pernah lari dr hadirnya
perasaan cintakan sesama manusia. Ya, sy mengaku.. memang.. memang saya ada hasrat itu.
namun bukanlah cinta palsu yg dikejarkan, bukanlah cinta yg tak tahu penghujung yg dibangga2kan..
sesungguhnnya cinta dalam diam, niat Lillahi Taala.. Itu terbaik utk diriku :) saki-bakinya, kerja Ilahi.

Menunggu detik 12 pagi, 1 Januari 2014. Ya, tika itu mmg aku menunggu. Menunggu apa? bkn hidangan2 lagu yg membolak-balikkan jiwa, bukan jua tari-tarian yg menjolok mata, bukan jua penantian bunga api yg tiada guna.. ku menunggu siaran Sembang Ambang 2014 Ustaz Azhar. Ya, aku xmampu ke sana, tapi aku cuba juga mencari linknya... akhirnya, berakhir sudah video dimainkan.. Satu saja yg ku ingin ungkapkan,

Alhamdulillah Ya Allah. Doaku dimakbulkan. Syukran Lillah =)
ku berharap agar dia betul2 menemui sinar hidayahMu. Bimbinglah Dia. Ameen.

leretku senyum. Ya, kerana dia sudah berhijrah ke arah diredhaiNya. Walau dirinya xtahu siapalah diriku, namun aku sebagai pemilik hati bersyukur dgn apa yg terjadi. Berkat doa yg tidak putus dan harapan, tahun demi tahun, akhirnya... dia sudah berhijrah !

siapakah dia? Inilah dia, jodoh dari Allah yg menyatukan dua jiwa, kena pada waktunya.. 
 Syamsul Yusof, zauj kepada Puteri Sarah Liyana.


Sungguh.. diriku tidak tahu bilakah saat ini. di "scroll" , barulah tahu. Detik 8 Mac 2014 menjadi saksi keduanya diakad nikahkan... 

"Oh, patutlah ramai org upload gamba ni (gambar kt bawah ni) . Ingatkan siapalah yg kahwin..  Alhamdulillah, jodoh dia dh sampai"

Diriku ? Bagaimana pula diriku ?

Dia sudah bertemu jodohnya.. kamu ?


Tak mengapa.. Allah ada, Allah sentiasa bersama diriku...
Aku masih punya keutamaan yg lain.
Biarlah , jodoh itu rahsia Ilahi.. Aku doakan yg terbaik saja.. =)
Yakin pada aturanNya. 
Belum tiba lg saatku utk menyibukkan diri ke arah ini.
Lebih baik hatiku cinta ilmi..
yg membawa redha pada Ilahi :)
Alhamdulillah Ya Rabbi, kerna Kau masih jaga hatiku ini... sehingga kini..



Mabrook keduanya. Barakallahu lakuma wabaraka alaikum.. :) Semoga cinta ke syurga. In sya Allah.. =)

Jumaat, 7 Mac 2014

Final Exam's coming

 lama x menapak sini.. baik kali nie.. entry pasal final yang mana SL kini in mood study week... ya, UniSZA tercinta bagi peluang selama SEMINGGU untuk pulun untuk kali terakhir menghabiskan sisa2 lopong2 study.. hehe..

 In sha Allah, untuk semester ni, SL akan menghabiskan 17 jam kredit yg mana 5 subjek law.. 2 subjek Universiti iaitu :

Administration Law - 3ch
Company Law - 3ch
Land Law - 3ch
Law of Equity and Trust - 3ch
Commmercial Law - 3ch
Asas Pembudayaan Keusahawanan (APK) -2ch
Tajwid Al-Quran - 0

sabar jelah SL.. yg SL pressure sikit ni, dah lupa cam mana nak download past year question. Allahu Rabbi.. May Allah ease for everything !

# mood : xsabar nak balik rumah 26 mac ni ! hehehehe ^^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved ara-foreva.blogspot.com