Follow de' Fellow~

Ahad, 26 Ogos 2012

Lebaran d HometOwn...

Salam.. selamat hari raya kat korang semua ^^
Ape khabar? dapat banyak duit raye x? hihik..sengaja mengacah pulak...
Nak kongsinye yg nikmatnye Aidilifitri tahun ni.. Dahlah jumpe keluarga baru.. Hhuhu.. Kawan2 baru pun ade. Ramai lagilah :)
Paling sweet sekali because anak beranak ramai yang balik :) so.. duit raya dapatlah dikumpulkan banyak2,,,hehe.... x banyak manapun.. dah besarlah katakan...

Hrmm.... Yg nak diceritakan lawaknye ialah... Majoriti sedara mara Ara semua ingatkan yang Ara ni still lagi sekolah menengah. Ayyo mak.. lawaknyelah.,hihi... tu yang dapat duit lebih tu ^^

Tapi.. bersyukur ajelah cz tgn yg memberi isz better than tangan yg trime an.. haha.. ape ni? MERAPU again...haha.. paling xleh bla skali... Time kena jaga kembar,,,Aiyyak..xluluslah..huhu.. cz susah cgt na layan anak kak Da ni. Die ni pulak jenis yg xske ngn org lain. Asyik nk dgn ma dye jer. ADOI...

P ape2 pn..syoknye raya! Alhamdulillah...

Khamis, 9 Ogos 2012

Ramadhan : 10 terakhir...

Salam ramadhan... hai kengkawan... puasa x hari ni? hehe....
erm lame x update..huhu... salam Ogos ye..hehe
Hari nie Ara baru berkesempatan tuk update blog yang dah bercalar..haha... (calar??? merapu...)
Hari ni jugak Ara nak citer story-morry pasal malam 7 likur..
sekadar lawak2 je.... hehe

““Sesiapa yang menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

sedikit sebanyak yang Ara nak kongsikan tentang malam lailatul qadar :

10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. 

di antaranya firman Allah s.w.t.
Maksudnya: “Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar”.


Antara kelebihannya :-
Pada malam itu juga turunnya Malaikat memenuhi bumi ini. Dan Malaikat turun bersama-sama turunnya berkat dan rahmat Allah yang dikhaskan untuk malam itu. Ditetapkan umur, rezeki dan ajal manusia. Firman Allah SWT yang maksudnya, “Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah”. (al-Dukhan, 4)

Apa yang dimaksudkan melalui tafsir  ‘urusan yang penuh hikmah’ itu ialah pada malam berkenaan Allah menentukan umur, rezeki dan ajal manusia.

Allah SWT yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang juga mengampunkan hamba- Nya yang menghidupkan malam-malam berkenaan dengan ibadah dan zikrullah (penghayatan terhadap kebesaran dan kekuasaan Allah) penuh rasa keimanan dan pengharapan.

* sekadar perkongsian :) semoga Ramadhan kali ini memberi 1001 barakah dan kerahmatan kepada kita semua..amin...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved ara-foreva.blogspot.com