Follow de' Fellow~

Rabu, 7 Januari 2015

MATI itu adalah PASTI



·          Selepas Malaikat ISRAFIL meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali IZRAIL & beberapa malaikat yang lain.
·          Selepas itu, IZRAIL pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

·          Selepas semua makhluk MATI, Tuhan pun berfirman mafhumnya,
Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?
Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia menjawab dengan keagunganNya,
Kepunyaan Allah Yang Maha Esa Lagi Maha Perkasa”.

·          Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yang Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

·          Selepas 40 tahun, Malaikat ISRAFIL dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali kedua, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa Padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

·          Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yang disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

·          Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina, Mereka tidak merasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

·          Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

·          Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

·          Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambal bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

·          Kemudian MATAHARI muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka.

·          Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik di hari kiamat. Nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering.

·          Lalu mereka merasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung kepada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

·          Terdapat 1 telaga kepunyaan Nabi Muhammad S.A.W (Al-Kauthar) yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu, dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saliran yang mengalir dari syurga.

·          Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah ;
·        Pemimpin yang adil
·        Orang muda yang taat kepada perintah Allah
·        Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid
·        2 orang yang bertemu dan berpisah kerana Allah
·        Lelaki yang diajak wanita berzina, tapi dia menolak dengan berkata “Aku takut kepada Allah”
·        Lelaki yang bersedekah secara sembunyi (xdiketahui org ramai)
·        Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah

·        Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman,  kemudian mereka terdengar suara,

“pergilah berjumpa para Nabi “.

·        Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa :

-Nabi ADAM A.S tetapi usaha mereka gagal – ada melakukan kesalahan dengan Allah S.W.T

-lalu mereka berjumpa Nabi NUH A.S, NABI IBRAHIM A.S, NABI MUSA A.S, NABI ISA A.S (semuanya memberikan sebab spt Nabi Adam a.s)

-akhirnya mereka bertemu Nabi Muhammad S.A.W.

* jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

·      Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad S.A.W kepada Allah S.W.T. Lalu diperkenankan doa Baginda.


·      Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk  kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah Arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 Malaikat yang sangat besar (sejarak perjalanan 20ribu tahun) sambal bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga Arasy itu tiba di bumi.

·      Arasy :: jisim nurani yg amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yg mempunyai 4 batang tiang yg sentiasa dipikul oleh 4 org Malaikat yg besar & gagah.
Seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan Malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yg menghijab cahayanya yg sangat kuat.

·      Kursi :: jisim nurani yg terletak di hadapan Arasy yg dipikul oleh 4 org Malaikat yg sgt besar. Saiz kursi lebih kecil drp Arasy umpama cincin ditengah padang.
Seumpama singgahsana yg terletak di hadapan istana.

·       
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved ara-foreva.blogspot.com