·
Selepas Malaikat
ISRAFIL meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan
telinga, seluruh makhluk mati kecuali IZRAIL & beberapa malaikat yang lain.
·
Selepas itu,
IZRAIL pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya
nyawanya sendiri.
·
Selepas semua
makhluk MATI, Tuhan pun berfirman mafhumnya,
“Kepunyaan siapakah kerajaan
hari ini? “
Tiada siapa yang menjawab. Lalu
Dia menjawab dengan keagunganNya,
“Kepunyaan Allah Yang Maha
Esa Lagi Maha Perkasa”.
·
Ini
menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yang Maha Kuasa lagi
Maha Kekal Hidup, tidak mati.
·
Selepas 40
tahun,
Malaikat ISRAFIL dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali kedua,
lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa Padang
Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti
bumi.
·
Sekelian
manusia hidup melalui benih anak Adam yang disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada
di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang
kembang membesar dari biji benih.
·
Semua manusia
dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina, Mereka tidak
merasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang
nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
·
Lalu
datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang
menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah
mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi
yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa).
Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia
sibuk memikirkan nasib mereka.
·
Setelah semua
makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal
dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
·
Tiba-tiba langit
yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambal bertasbih
kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan
suaranya yang menakutkan.
·
Kemudian MATAHARI
muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan
matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka.
·
Ulama berkata
jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik di hari kiamat. Nescaya
seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering.
·
Lalu mereka
merasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan.
Timbul atau tenggelam mereka bergantung kepada amalan masing-masing. Keadaan
mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
·
Terdapat 1 telaga
kepunyaan Nabi Muhammad S.A.W (Al-Kauthar) yang mengandungi air yang
hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau
oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus
selama-lamanya. Kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari
susu, dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saliran yang mengalir
dari syurga.
·
Semua
makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan
yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah ;
·
Pemimpin yang
adil
·
Orang muda
yang taat kepada perintah Allah
·
Lelaki yang
terikat hatinya dengan masjid
·
2 orang yang
bertemu dan berpisah kerana Allah
·
Lelaki yang
diajak wanita berzina, tapi dia menolak dengan berkata “Aku takut kepada Allah”
·
Lelaki yang
bersedekah secara sembunyi (xdiketahui org ramai)
·
Lelaki yang
suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan
Allah
·
Oleh kerana
tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa
melainkan mereka yang beriman, kemudian
mereka terdengar suara,
“pergilah berjumpa para Nabi “.
·
Maka mereka
pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini
berjumpa :
-Nabi ADAM A.S tetapi usaha mereka
gagal – ada melakukan kesalahan dengan Allah S.W.T
-lalu mereka berjumpa Nabi NUH A.S,
NABI IBRAHIM A.S, NABI MUSA A.S, NABI ISA A.S (semuanya memberikan sebab spt
Nabi Adam a.s)
-akhirnya mereka bertemu Nabi
Muhammad S.A.W.
* jarak masa antara satu nabi dengan
yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
· Lalu
berdoalah baginda Nabi Muhammad S.A.W kepada Allah S.W.T. Lalu diperkenankan
doa Baginda.
· Selepas
itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati
semua makhluk kerana mereka sangka azab
akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah Arasy Tuhan yang dipikul oleh
8 Malaikat yang sangat besar (sejarak perjalanan 20ribu tahun) sambal bertasbih
dengan suara yang amat kuat sehingga Arasy itu tiba di bumi.
· Arasy :: jisim nurani yg
amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yg mempunyai 4 batang tiang yg
sentiasa dipikul oleh 4 org Malaikat yg besar & gagah.
Seumpama istana yang mempunyai
seribu bilik yang menempatkan jutaan Malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun
yg menghijab cahayanya yg sangat kuat.
· Kursi :: jisim nurani yg
terletak di hadapan Arasy yg dipikul oleh 4 org Malaikat yg sgt besar. Saiz
kursi lebih kecil drp Arasy umpama cincin ditengah padang.
Seumpama singgahsana yg terletak di
hadapan istana.
·