Sekarang
ni di facebook tengah rancak dengan penukaran default picture menggunakan
avatar
"Solidarity with the Palestinian Prisoners on Hunger Strike" adalah sebagai tanda sokongan kita terhadap tahanan Palestin
yang sedang mogok lapar di penjara Israel.
Dan ada orang yang
mempersoalkan apa manfaat yang diperolehi dengan menukar avatar tersebut. Tidak
kurang ada jugak yang memperlekehkannya.
Sebelum ini, adakah
anda ambil kisah mengenai Hari Nakbah dan mogok lapar di Palestin? Apabila
melihat ramai rakan-rakan facebook anda menukar avatar tersebut, pasti anda
akan tertanya-tanya apakebenda tu? apakehal yang terjadi sekarang ni? Yaa..
Sekurang-kurangnya sekarang anda dah tahu. It's called awareness!
Simbolik Penukaran
Default Picture (DP) ialah :
1. Gambar di atas
adalah simbolik kepada tahanan Palestine yang dipenjara.
2. Coklat adalah
warna pakaian yang dikuatkuasakan oleh Perkhidmatan Penjara Israel ke atas
tahanan Palestin.
3. Logo di sebelah
kanan bermaksud "Shabas" dan ia adalah singkatan bagi Perkhidmatan
Penjara Israel.
4.
Tujuan kita menukar DP menggunakan avatar tersebut adalah untuk memberi
kesedaran dan peringatan kepada orang ramai tentang nasib saudara Islam kita
yang kini sedang dipenjara di Israel dan sedang mogok lapar. Kalau korang nak tau ini adalah Mogok lapar
terbesar dalam sejarah. #Fakta
5. Memang benar
penukaran DP ini tidak dapat membantu mereka secara langsung. Tapi yang
pastinya akan membuat semua orang tahu apa yang sedang berlaku dan mungkin
semua orang Islam akan mendoakan mereka. Doa adalah senjata kita sebagai umat
Islam.
6. Anda tak tahukan
pasal ni sebelum ni? Sekarang anda sudah tahu. Ini membuktikan motif penukaran
DP kami telah berjaya mencapai matlamatnya.
Apa hukum mogok lapar?
Pilihan yang ada
bagi seorang muslim untuk menentang kezaliman ialah puasa bukan mogok lapar.
Mogok lapar adalah salah disisi syara' bagi ummat Islam. Akan tetapi, dalam
hal mogok lapar oleh tahanan ummat Islam di dalam penjara Israel, Prof Dr.
Yusuf al Qaradhawi ada menjelaskan :
“ Mereka adalah pejuang keadilan!
Mogok (lapar) adalah hak mereka yang telah diiktiraf yang bertujuan untuk
membongkar segala bentuk kezaliman dan kejahatan yang dilakukan ke atas mereka!
Oleh itu menjadi kewajipan
ke atas setiap orang Islam untuk memberikan sokongan padu kepada mereka
mengikut kemampuan masing-masing samada secara sokongan aman, demontrasi atau
sokongan moral termasuklah secara mogok lapar atau menghantar telegram dan
mengeluarkan kenyataan rasmi untuk merasakan dan menzahirkan bahawa kita adalah
senantiasa bersama-sama dengan mereka!"
Jadi, mogok lapar
dibolehkan dalam hal tersebut kerana mogok lapar mungkin satu-satunya pilihan
yang ada pada mereka disebabkan keterbatasan ruang dan keupayaan yang dimiliki
oleh seorang tahanan untuk membebaskan dirinya. Hanya itu pilihan yang mereka ada
bagi mendesak Israel membebaskan mereka sekaligus memberitahu dunia tentang
kekejaman Israel laknatullah.
related from :- tau2 aje
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
♛ Shout Out!