Follow de' Fellow~

Isnin, 8 Oktober 2012

Zuhud dalam cinta


Daripada Abu Abbas r.a., katanya: "Ada seorang lelaki datang kepada Nabi s.a.w. lalu berkata:
"Ya Rasulullah, tunjukkanlah padaku sesuatu amalan yang apabila amalan itu saya lakukan, maka saya akan dicintai oleh Allah dan juga dicintai oleh seluruh manusia."

Beliau s.a.w. bersabda: "Berzuhudlah di dunia, tentu engkau dicintai oleh Allah dan berzuhudlah dari apa yang dimiliki oleh para manusia, tentu engkau akan dicintai oleh para manusia."

Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan lain-lainnya dengan isnad-isnad yang baik.

Zuhud bukan bermaksud
tidak kaya atau tidak berharta. 
tetapi....
# tidak merasakan kekayaan dan harta ini milik kita.
# merasakan harta dan kekayaan itu kepunyaan Allah & diagihkan kepada yang berhak.
# mempunyai kekayaan di tangan tapi tidak di hati.
# Orang yang zuhud : orang yang telah memiskin dirinya hingga mudah baginya menggunakan kekayaannya untuk masyarakat dan golongan yang memerlukan.

beerti :
jika cinta kita pada Allah membahagikan kasih sayang dan harta yang kita miliki itu pada orang miskin, anak anak yatim, lakukan kebaikan dan sbg adalah kecintaan melalui zuhud yang terbesar. kerana apa yang kita miliki adalah hak Allah yang kita pinjam begitu juga cinta kita pada Allah yang menjadikan kita dimuka bumi ini sebagai manusia dan khalifah untuk merasakan nikmat kekayaan Allah berikan.

  

Jika mencintai seseorang, cintailah kerana Allah kerana dalam       pengertian cintai kerana Allah akan jadi kebaikan.

Secara xsengaja kita merasakan nikmat yang luar biasa. Dan merasakan bahagia bukan sahaja didunia juga untuk akhirat. Insyaallah ...Allahumma amin amin amin ya rabbal alamin...alaa kuli hal kerana Dia yang Maha Mengetahui .. wallahualam..wabillahi taufiq wal hidayah~                                                                  mari kita renungkan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

♛ Shout Out!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved ara-foreva.blogspot.com